Pages

Monday 20 February 2017

Inflasi Yang Mencengkam

Seperti yang ditulis oleh Tn. Yuhailmy Jamil (tulisan ini adalah kredit kepada beliau)

Pernah dirakamkan pada tahun 2008 di Zimbabwe sewaktu mengalami kegawatan ekonomi dan hyper inflasi yang tinggi dan akhirnya menyebabkan wang kertas tidak bernilai sama sekali.

Kos pembiayaan mimimum untuk makan tengah hari yang harus dikeluarkan oleh seorang rakyat Zimbabwe yang merupakan penduduk termiskin di dunia dianggarkan lima ratus juta Zimbabwe Dollar ($500,000,000.00) yang bernilai lebih kurang USD2.00.

Zimbabwe ketika ini adalah pemegang rekod inflasi terbesar di dunia iaitu sebanyak 2,200,000 % (2.2 Juta Peratus). Parahnya, harga melambung begitu cepat dalam hanya beberapa minit sahaja, oleh itu tidak hairanlah para peniaga di Zimbabwe ini begitu sibuk mengganti label harga barangan mereka hampir setiap minit !

Pada tanggal 20 Julai 2008 , Bank Negara Zimbabwe mengeluarkan pecahan wang sebesar 100 Juta Dollar yang merupakan rekod pecahan wang dengan nominal terbesar di dunia.

Sangat mendukacitakan dan saya berdoa agar tanah tumpah kelahiran kita tidak sesekali terjebak dalam kancah yang menggusarkan ini walaupun kesannya mulai terasa kini.

Terlalu banyak sebab yang memungkinkan inflasi ini berlaku antara kita sedar atau tidak. Dan masih banyak insan di luar sana belum lagi terjaga dari lenanya. Mungkin barangkali telah tertutup pintu hati, minda tidak lagi berfungsi juga pekak di telinganya akan hal ini walhal semakin banyak petanda telah hadir sepenuhnya. Ayuh bangkitlah Saudaraku demi keluarga dan negara tercinta !

Dalam kegiatan seharian, seringkali kita mendengar istilah ‘Inflasi’. Dan apabila berbicara mengenai inflasi, perkara pertama yang terlintas di fikiran adalah hanya kenaikan harga barangan sahaja.

Namun, apakah itu sebenarnya Inflasi ?

==========================
Pengertian Inflasi
==========================
Inflasi merupakan suatu keadaan ekonomi di mana harga barangan secara umum menunjukkan paras kenaikan secara terus menerus dalam waktu tertentu. Kenaikan harga barangan bersifat umum kerana sebagian besar harga barangan mengalami kenaikan namun masih ada sebahagian kecil yang tidak, malah mengalami penurunan.

Kenaikan harga yang berlalu pada ketika waktu perayaan tidak boleh dikatakan impak dari inflasi sama sekali. Oleh itu, apakah faktor yang memungkinkan terjadinya inflasi ini?

==========================
Antara Penyebab Terjadinya Inflasi Dalam Sesebuah Negara
==========================
Ada beberapa faktor yang menjadi penyebab terjadinya inflasi antara lain ialah penurunan nilai tukaran matawang, permintaan yang tinggi terhadap sesuatu barangan, bertambahnya wang kertas yang beredar, wang kertas yang dicetak sebanyak mungkin serta selainnya. Namun, antara faktor utama adalah:

✔ Inflasi Disebabkan Permintaan (Demand Pull Inflation)
Inflasi ini disebabkan oleh permintaan atau daya tarikan masyarakat yang kuat terhadap suatu barangan. Inflasi tarikan permintaan juga dikenali dengan nama ‘Philips Curve Inflation’. Secara umum inflasi ini disebabkan oleh penawaran dan permintaan terhadap barang di dalam negara untuk jangkamasa panjang yang di perlukan oleh masyarakat dengan skala yang amat besar.

Secara umum inflasi ini sering terjadi dalam sudut ekonomi negara yang memiliki pertumbuhan yang pesat. Keperluan kerja yang tinggi di negara tersebut menyebabkan peningkatan pendapatan masyarakat yang tinggi. Dalam hal ini, pengeluaran melebihi kemampuan pengeluaran sesuatu barangan. Kemampuan daya beli masyarakat yang berlebihan ini kemudiannya menyebabkan inflasi.

✔ Inflasi Disebabkan Bertambahnya Wang Yang Beredar
Teori inflasi ini menyatakan bahawa adanya hubungkait antara jumlah wang yang beredar berbanding harga barangan. Walaupun jumlah barangan tetap pada kuantiti yang stabil, namun jumlah wang yang beredar di pasaran umum melebihi dari apa yang ditetapkan maka harga barangan juga meningkat dengan drastiknya.

Jumlah wang yang beredar di pasaran awam juga boleh meningkat apabila sesebuah negara menggunakan sistem anggaran defisit. Lebih parah, untuk menutup kekurangan anggaran defisit tersebut, negara berkenaan akan mencetak lebih banyak wang kertas yang baru dan akhirnya menyebabkan kenaikan harga.

✔ Inflasi Disebabkan Kenaikan Kos Pengeluaran (Cost Push Inflation)
Inflasi kenaikan kos pengeluaran ini disebabkan kerana adanya dorongan kenaikan kos pengeluaran dalam jangka waktu tertentu secara terus menerus. Secara umum, inflasi kenaikan kos pengeluaran ini disebabkan oleh desakan kos pengeluaran yang terus meningkat. Kenaikan ini biasanya disebabkan oleh turunnya nilai tukaran matawang dalam negara berbanding matawang asing (depreciation). Ini menyebabkan barangan yang datangnya dari luar negara menjadi semakin mahal.

Inflasi yang terjadi di luar negara yang mana menjadi rakan niaga pengusaha negara kita juga menyebabkan harga barangan menjadi mahal.  Ketidakseimbangan antara jumlah tenaga kerja dan permintaan barangan pengeluaran membuat pengusaha juga akan menaikkan harga pengeluaran. Salah satu cara menaikkan harga pengeluaran adalah dengan menaikkan upah atau gaji . Kaedah seperti ini menyebabkan kos pengeluaran meningkat yang akhirnya juga menyebabkan peningkatan harga barangan.

Inflasi yang disebabkan oleh kenaikan Kos pengeluaran biasanya terjadi di negara dengan pertumbuhan ekonomi yang sedang berkembang atau pesat membangun namun dengan angka pengangguran yang cukup rendah. Di negara yang seperti ini, bekalan tenaga kerja terbatas namun permintaan akan suatu barang pengeluaran tinggi.

Selain itu inflasi kerana goncangan penawaran juga dapat terjadi kerana faktor lain seperti bencana alam sebagai contohnya.

✔ Inflasi Campuran (Mixed Inflation)
Inflasi campuran terjadi kerana adanya kenaikan penawaran dan permintaan. Hal ini terjadi atas sebab ketidakseimbangan antara penawaran dan permintaan. Ketika permintaan terhadap sesuatu barangan bertambah, ianya mengakibatkan penyediaan barangan dan faktor pengeluaran menjadi turun. Inflasi jenis ini akan menjadi sangat sulit untuk diatasi.

✔ Inflasi Sangkaan (Expected inflation)
Inflasi sangkaan ini terjadi akibat dari perilaku masyarakat yang berpendapat bahawa keadaan ekonomi di masa akan datang akan menjadi lebih baik lagi. Harapan masyarakat berkenaan ini boleh jadi berlaku dan sukar untuk diramalkan.

✔ Kekacauan Ekonomi dan Politik
Keadaan ini sangat mempengaruhi kenaikan inflasi. Apabila sesebuah negara dalam keadaan tidak aman, pasti kenaikan harga akan berlaku dengan drastiknya. Ada masanya juga disebabkan maklumat yang salah atas kepentingan peribadi juga mampu membuatkan huru-hara di dalam sesebuah negara dan akhirnya terjebak dalam kancah kejatuhan. Oleh itu waspada dengan kata-kata dan dalam setiap penulisan samada media cetak mahupun elektronik kerana kesannya sangat terasa kepada seluruh rakyat di sesebuah negara tersebut.

Secara jujur, terlalu banyak faktor penyebab dan keadaan ini tidak mampu kita hindari sepenuhnya. Justeru itu pertahanan untuk diri dan keluarga amatlah perlu agar kehidupan yang sempurna mampu untuk kita teruskan sebisa mungkin. Tidak gunanya jika ingin terus menunggu.

Persediaan awal dalam memiliki Insuran Kekayaan perlu dilakukan bermula dari sekarang tanpa bertangguh  !!

Wallahu a’lam


No comments:

Post a Comment