Pages

Thursday 2 March 2017

Scammer di mana2

Dalam dunia ini ada ramai scammer yang menawarkan pelaburan dengan pulangan "too good to be true".

Dalam dunia bines motivasi ada scammer yang mengaku ada PhD tapi sebenarnya palsu.

Dalam bisnes ebook ada scammer yang ciplak ebook orang lain mengaku ebook sendiri.

Dalam dunia hartanah ada scammer yang jual rumah banglo dengan harga murah tunggu 3 tahun tapi langsung tak dapat rumah.

Dalam bisnes MLM ada scammer yang manipulasi sistem untuk 'head hunting'.

Dalam pelaburan saham ada scammer saham yang buat program ajar bagaimana buat untung besar dalam saham tapi rupa-rupanya dia untung besar dari yuran program bukan untung saham.

Dalam banyak-banyak program bisnes, ada guru bisnes yang buat program bisnes tapi bisnes dia semua hancur kecuali bisnes buat program bisnes.

Dalam dunia 'financial planning' ada yang mengaku perancang kewangan tapi sebenarnya penyangak kewangan.

Dalam bisnes kopi pun ada scammer yang menawarkan beli kopi dapat pulangan 10% - 20% sebulan.

Dalam bisnes emas ada scammer yang menawarkan pelaburan emas boleh bagi duit bulan-bulan.

Dalam bisnes unit trust ada scammer yang mempromosi unit trust boleh bagi return sampai 20% - 30% setahun.

Dalam bisnes takaful pun ada scammer yang 'mislead kata medical card boleh bagi pulangan 20% - 30% setahun.

Dalam bisnes ASB Fianncing pun ada scammer yang menjual pulangan ASB Financing 40% - 50% setahun.

Scammer, Scammer di mana-mana.

(Copy dari ayat seorang teman muka buku)

Penipuan pelaburan emas

Hari ini terbaca satu berita di surat khabar mengenai penipuan tentang pelaburan emas,




Hafizal

P/s: Simpan untuk pengajran pada diri sendiri

Perbandingan simpan duit dan emas

Inilah risalah yang selalu ditunjuk oleh penjual emas;

Risalah jutawan duit vs Jutawan emas
Hafizal

Tuesday 28 February 2017

Nilai gred emas

Berikut adalah nilai gred emas yang diguna pakai oleh peniaga dan penjual emas;

999 - 24K- Emas sepuluh
950 - 23K- Emas Kelantan/ Emas 9 1/2
916 - 22K-Emas Singapura
900 - 21.6K- Emas Sembilan
875 - 21K -
835 - 20K
800 - 19K- Emas paun
750 - 18K
585 - 14K
373 - 9K- Suasa

Mungkin ada yang lain dan berbeza. Info berkenaan ini akan dukemas kini dari semasa ke semasa.

Hafizal

Bagaimana boleh terjebak dengan hobi ini?

Post kali ini nak cerita perihal bagaimana sy terjebak dgn simpanan emas ini. Semua bermula dgn simpanan ASB yg mana setiap setahun akan dapat hasil dividen. Bermula simpan ASB pada tahun 2010, dah mula kerja waktu itu. Ada terbaca utk mempelbagaikan jenis simpanan seperti ASB,  KWSP, emas, rumah dan hartanah. 

Semua jenis simpanan seperti ASB dan KWSP sy dah buat dan untuk yg lain-lain macam susah je. Kemudian terjumpa blog berkenaan pelaburan emas oleh En Syukor (kalau xsilap) sewaktu membaca blog2 berkenaan pelaburan spt pelaburan rumh sewa,  penternakan dll. Teruskan pembacaan dan siap membeli salah satu buku yg ditulis oleh En Syukor. Rupanya baru tahu yg emas ni bukan sekadar barang kemas sahaja ada dijual tapi ada juga dalam bentuk 'raw' iaitu jongkong ( ada yang kata bar, wafer dll) dan syiling emas.

Buku pertama berkaitan emas dibeli dari En. Syukor

Pada tahun 2014, setelah dividen ASB tahun 2013 diumumkan, terus mengambil keputusan utk mmbeli 2 ketul jongkong emas dengan berat 10g setiap 1 dari En Syukor. Katanya jongkong itu keluaran Public Gold. Masa itu ingat Public Gold dan Public Bank adalah entiti yg sama (kelakar betul). Setelah dibuat bacaan baru tahu tiada langsung hubungan antara kedua-dua ini melainkan Public Gold ada akaun dengan Public Bank (nak buat payment boleh guna akaun Public Bank Public Gold selain Maybank).
Resit bayaran setelah membeli 2 x 10g wafer emas PG (bandingkan dengan harga sekarang)

Selepas membeli 2 ketul 10g tersebut,  sy just simpan sebab tidak tahu apa yg perlu dibuat dgn jongkong emas ini. Sy pernah terbaca yg ada org melabur emas mereka dgn cara menyerahkn kpd individu dan syarikat tertentu dan pd waktu tertentu akan menerima sejumlah keuntungan hasil dari pelaburan tersebut.  Waktu itu juga ada juga yg gunakan emas yg dimilki untuk membeli dan menyewa kereta,  tanah even utk pergi melancong. Cthnya utk menyewa kereta (sy perasan kereta yang di 'post' adalah kereta2 mewah seperti BMW, dsbg) selama 6 bulan perlu menyerahkan emas sebanyak 500g.  Mungkin waktu itu zaman kegemilangan simpanan dan pelaburan emas dimana emas sebagai medium utk menjana keuntungn. Tapi bagi sy yg hnya ada 20g emas,  duduk diam2 je smbil mmbelek2 kepingan logam tersebut pada waktu lapang. Ni cerita bagaimana sy terjebak membeli dan menyimpan emas.

P/s: satu keping emas tersebut telah dijual pada tahun 2016 dgn hrga rm1850.

Hafizal

Monday 20 February 2017

Tidak Mustahil Nilai Matawang Menjadi Sifar

Tulisan ini adalah dikongsi oleh Tn Yuhailmy Jamil (kredit kepada beliau)

Tidak mustahil keruntuhan matawang sesebuah negara datang tanpa 'Amaran' yang menyebabkan pemiliknya terpaku membisu seribu bahasa. Lebih parah, sekiranya tiada pertahanan kewangan yang dibina selagi masih hidup sebelumnya. Pelbagai isyarat baik yang tersurat mahupun yang tersirat telahpun kita lalui tanpa memberikan sebarang kesan.

Bagi mereka, semua itu adalah masalah negara yang tidak perlu kita fikirkan asalkan wang gajian tetap masuk di akaun bank setiap bulan. Walhal, tanpa mereka sedar, akibat inflasi serta kejatuhan matawang membuatkan wang fiat yang diagungkan semakin kehilangan taringnya.

Jika kita lihat negara dan bank besar dunia mula menambah stok simpanan Emas seberapa banyak yang mampu oleh mereka, mengapa tidak kita? Sanggupkah kita melihat keluarga tersayang merana di kemudian hari akibat kecuaian kita dalam menyelamatkan kekayaan yang di bina selama ini?

Secara peribadi, Saya bermula sebagai Penyimpan Emas pada tahun 2012. Sampai ketika nilai tukaran MYR berbanding 1 USD meningkat dari MYR 3.1 kepada MYR 3.4, hati saya semakin gundah gulana dan tanpa memikir panjang saya mengubahkan wang simpanan saya sendiri sebanyak 80% kepada Emas tanpa sebarang alasan.

Benar, ada juga sahabat dan keluarga mengatakan ianya kerja gila tetapi saya amat yakin apa yang saya lakukan itu tepat. Alasan yang sangat kukuh bahawa Sang Emas itu mengekalkan kuasanya sejak lebih 1,400 tahun lalu  tatkala mendengar kisah pada Zaman Rasullullah (Selawat & Salam buat Baginda). Alhamdulillah, hidup saya lebih aman ketika ini. Dan Allah bantu Saya dengan mengambil tindakan yang mulia ini.

Sediakan Payung Sebelum Hujan !

Itu adalah pepatah Melayu yang sering kita gunakan dalam seharian. Maka, bertindaklah bermula dari sekarang sebelum terlambat. Tiada gunanya kita merungut serta menyalahkan sesiapa jika kita sendiri tidak mahu membantu diri sendiri.

Dan berpesan-pesan lah kamu dengan kebaikan dan kesabaran.

Allahumma Ameen

Inflasi Yang Mencengkam

Seperti yang ditulis oleh Tn. Yuhailmy Jamil (tulisan ini adalah kredit kepada beliau)

Pernah dirakamkan pada tahun 2008 di Zimbabwe sewaktu mengalami kegawatan ekonomi dan hyper inflasi yang tinggi dan akhirnya menyebabkan wang kertas tidak bernilai sama sekali.

Kos pembiayaan mimimum untuk makan tengah hari yang harus dikeluarkan oleh seorang rakyat Zimbabwe yang merupakan penduduk termiskin di dunia dianggarkan lima ratus juta Zimbabwe Dollar ($500,000,000.00) yang bernilai lebih kurang USD2.00.

Zimbabwe ketika ini adalah pemegang rekod inflasi terbesar di dunia iaitu sebanyak 2,200,000 % (2.2 Juta Peratus). Parahnya, harga melambung begitu cepat dalam hanya beberapa minit sahaja, oleh itu tidak hairanlah para peniaga di Zimbabwe ini begitu sibuk mengganti label harga barangan mereka hampir setiap minit !

Pada tanggal 20 Julai 2008 , Bank Negara Zimbabwe mengeluarkan pecahan wang sebesar 100 Juta Dollar yang merupakan rekod pecahan wang dengan nominal terbesar di dunia.

Sangat mendukacitakan dan saya berdoa agar tanah tumpah kelahiran kita tidak sesekali terjebak dalam kancah yang menggusarkan ini walaupun kesannya mulai terasa kini.

Terlalu banyak sebab yang memungkinkan inflasi ini berlaku antara kita sedar atau tidak. Dan masih banyak insan di luar sana belum lagi terjaga dari lenanya. Mungkin barangkali telah tertutup pintu hati, minda tidak lagi berfungsi juga pekak di telinganya akan hal ini walhal semakin banyak petanda telah hadir sepenuhnya. Ayuh bangkitlah Saudaraku demi keluarga dan negara tercinta !

Dalam kegiatan seharian, seringkali kita mendengar istilah ‘Inflasi’. Dan apabila berbicara mengenai inflasi, perkara pertama yang terlintas di fikiran adalah hanya kenaikan harga barangan sahaja.

Namun, apakah itu sebenarnya Inflasi ?

==========================
Pengertian Inflasi
==========================
Inflasi merupakan suatu keadaan ekonomi di mana harga barangan secara umum menunjukkan paras kenaikan secara terus menerus dalam waktu tertentu. Kenaikan harga barangan bersifat umum kerana sebagian besar harga barangan mengalami kenaikan namun masih ada sebahagian kecil yang tidak, malah mengalami penurunan.

Kenaikan harga yang berlalu pada ketika waktu perayaan tidak boleh dikatakan impak dari inflasi sama sekali. Oleh itu, apakah faktor yang memungkinkan terjadinya inflasi ini?

==========================
Antara Penyebab Terjadinya Inflasi Dalam Sesebuah Negara
==========================
Ada beberapa faktor yang menjadi penyebab terjadinya inflasi antara lain ialah penurunan nilai tukaran matawang, permintaan yang tinggi terhadap sesuatu barangan, bertambahnya wang kertas yang beredar, wang kertas yang dicetak sebanyak mungkin serta selainnya. Namun, antara faktor utama adalah:

✔ Inflasi Disebabkan Permintaan (Demand Pull Inflation)
Inflasi ini disebabkan oleh permintaan atau daya tarikan masyarakat yang kuat terhadap suatu barangan. Inflasi tarikan permintaan juga dikenali dengan nama ‘Philips Curve Inflation’. Secara umum inflasi ini disebabkan oleh penawaran dan permintaan terhadap barang di dalam negara untuk jangkamasa panjang yang di perlukan oleh masyarakat dengan skala yang amat besar.

Secara umum inflasi ini sering terjadi dalam sudut ekonomi negara yang memiliki pertumbuhan yang pesat. Keperluan kerja yang tinggi di negara tersebut menyebabkan peningkatan pendapatan masyarakat yang tinggi. Dalam hal ini, pengeluaran melebihi kemampuan pengeluaran sesuatu barangan. Kemampuan daya beli masyarakat yang berlebihan ini kemudiannya menyebabkan inflasi.

✔ Inflasi Disebabkan Bertambahnya Wang Yang Beredar
Teori inflasi ini menyatakan bahawa adanya hubungkait antara jumlah wang yang beredar berbanding harga barangan. Walaupun jumlah barangan tetap pada kuantiti yang stabil, namun jumlah wang yang beredar di pasaran umum melebihi dari apa yang ditetapkan maka harga barangan juga meningkat dengan drastiknya.

Jumlah wang yang beredar di pasaran awam juga boleh meningkat apabila sesebuah negara menggunakan sistem anggaran defisit. Lebih parah, untuk menutup kekurangan anggaran defisit tersebut, negara berkenaan akan mencetak lebih banyak wang kertas yang baru dan akhirnya menyebabkan kenaikan harga.

✔ Inflasi Disebabkan Kenaikan Kos Pengeluaran (Cost Push Inflation)
Inflasi kenaikan kos pengeluaran ini disebabkan kerana adanya dorongan kenaikan kos pengeluaran dalam jangka waktu tertentu secara terus menerus. Secara umum, inflasi kenaikan kos pengeluaran ini disebabkan oleh desakan kos pengeluaran yang terus meningkat. Kenaikan ini biasanya disebabkan oleh turunnya nilai tukaran matawang dalam negara berbanding matawang asing (depreciation). Ini menyebabkan barangan yang datangnya dari luar negara menjadi semakin mahal.

Inflasi yang terjadi di luar negara yang mana menjadi rakan niaga pengusaha negara kita juga menyebabkan harga barangan menjadi mahal.  Ketidakseimbangan antara jumlah tenaga kerja dan permintaan barangan pengeluaran membuat pengusaha juga akan menaikkan harga pengeluaran. Salah satu cara menaikkan harga pengeluaran adalah dengan menaikkan upah atau gaji . Kaedah seperti ini menyebabkan kos pengeluaran meningkat yang akhirnya juga menyebabkan peningkatan harga barangan.

Inflasi yang disebabkan oleh kenaikan Kos pengeluaran biasanya terjadi di negara dengan pertumbuhan ekonomi yang sedang berkembang atau pesat membangun namun dengan angka pengangguran yang cukup rendah. Di negara yang seperti ini, bekalan tenaga kerja terbatas namun permintaan akan suatu barang pengeluaran tinggi.

Selain itu inflasi kerana goncangan penawaran juga dapat terjadi kerana faktor lain seperti bencana alam sebagai contohnya.

✔ Inflasi Campuran (Mixed Inflation)
Inflasi campuran terjadi kerana adanya kenaikan penawaran dan permintaan. Hal ini terjadi atas sebab ketidakseimbangan antara penawaran dan permintaan. Ketika permintaan terhadap sesuatu barangan bertambah, ianya mengakibatkan penyediaan barangan dan faktor pengeluaran menjadi turun. Inflasi jenis ini akan menjadi sangat sulit untuk diatasi.

✔ Inflasi Sangkaan (Expected inflation)
Inflasi sangkaan ini terjadi akibat dari perilaku masyarakat yang berpendapat bahawa keadaan ekonomi di masa akan datang akan menjadi lebih baik lagi. Harapan masyarakat berkenaan ini boleh jadi berlaku dan sukar untuk diramalkan.

✔ Kekacauan Ekonomi dan Politik
Keadaan ini sangat mempengaruhi kenaikan inflasi. Apabila sesebuah negara dalam keadaan tidak aman, pasti kenaikan harga akan berlaku dengan drastiknya. Ada masanya juga disebabkan maklumat yang salah atas kepentingan peribadi juga mampu membuatkan huru-hara di dalam sesebuah negara dan akhirnya terjebak dalam kancah kejatuhan. Oleh itu waspada dengan kata-kata dan dalam setiap penulisan samada media cetak mahupun elektronik kerana kesannya sangat terasa kepada seluruh rakyat di sesebuah negara tersebut.

Secara jujur, terlalu banyak faktor penyebab dan keadaan ini tidak mampu kita hindari sepenuhnya. Justeru itu pertahanan untuk diri dan keluarga amatlah perlu agar kehidupan yang sempurna mampu untuk kita teruskan sebisa mungkin. Tidak gunanya jika ingin terus menunggu.

Persediaan awal dalam memiliki Insuran Kekayaan perlu dilakukan bermula dari sekarang tanpa bertangguh  !!

Wallahu a’lam


Hadith Dhaif Paling Popular Mengenai Simpanan Emas

Seperti yang dikongsi oleh Tn. Yuhailmy Jamil (tulisan ini adalah kredit kepada beliau)

Pernah hati saya terpanggil atas kebenaran Hadis paling popular menyimpan Emas seperti dilampiran.

Jujurnya, terdapat ramai orang yang kurang cermat ketika menyampaikan hadis Baginda Rasulullah SAW yang mana tidak mengikuti disiplin yang sepatutnya.

Hadith menyimpan Emas ini sangat popular di blog juga di media sosial kepunyaan para Peniaga Emas dan Perak.

Sedikit sebanyak maklumat yang mampu saya kumpulkan untuk dikongsikan demi kebaikan bersama. In Shaa Allah

=======================
Cerita ini bersandarkan kepada hadis yang berikut:

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan,

“Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham."

(Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal)

=======================
Ulama hadis menyebut apabila ada hadis dilaporkan oleh Abu Bakar Ibn Abi Maryam (perawi) maka status hadis tersebut adalah lemah (dhaif) kerana perawi tersebut tidak kuat ingatannya. Dalam disiplin Ilmu Hadis, seorang perawi hadis wajib mempunyai ingatan yang kuat bagi membolehkan hadis tersebut mencapai autoriti sahih / hasan. Hadis dhaif tidak boleh dijadikan hujah untuk mengeluarkan hukum. Justeru, hadis ini tidak boleh digunakan melainkan ada autoriti Quran dan Hadis sahih / hasan yang menyebut tentang perkara yang sama.

Wujud pihak yang menggunakan hadis ini untuk melariskan jualan Emas dan Perak dengan memberitahu Rasulullah SAW menyuruh kita menyimpan Dinar dan Dirham. Sedangkan ada ayat Quran dan hadis lain yang lebih kuat autoritinya yang menyebut sebaliknya.

Antaranya:

“Dan (ingatlah) orang -orang yang menyimpan Emas dan Perak (duit) serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.” [ at-Taubah: 34 ]

“Sesungguhnya ulama itu adalah pewaris para nabi. Para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Mereka hanya mewariskan ilmu. Maka barangsiapa yang mengambil (warisan ilmu) tersebut ia telah mengambil habuan yang paling sempurna.” [ Hadis status Hasan direkodkan oleh Imam Ahmad, Imam Tarmizi, Imam Abu Daud & Imam Ibnu Majah ].

Justeru itu, tiada salahnya menyimpan logam mulia ini kerana hukumnya 'Harus'. Buat mereka yang tidak menyimpan pun bukannya menjadi suatu kesalahan.

Namun, menyimpan Emas ini tetap terbaik berbanding Wang Fiat yang hanyalah sekeping kertas tercetak yang mudah untuk dimanipulasikan serta terdedah dengan kehakisan kuasa beli atas faktor inflasi.

Isu yang saya ketengahkan di sini ialah 'Kewajaran' penjual Emas menggunakan hadis ini sewenang-wenangnya tanpa menyatakan status sah demi melariskan jualan atas dasar agama.

Secara peribadi, sekiranya kita ingin menggunakannya, seseorang penjual itu harus menyatakan bahawa Hadis yang digunakan ini berbentuk Dhaif kepada bakal pembeli / prospect supaya mereka tahu bahawa ianya tidak boleh dijadikan hujah.

Seperkara lagi, walaupun ianya hadis dhaif (selagi #Bukan hadis tersangat dhaif atau hadis #Maudhu' - palsu), ianya tetap hadis. Cuma sanad dan perawinya tidak mencapai taraf hasan atau sahih.

Jauh dari lubuk hati saya yang ikhlas, saya memohon ampun dan maaf kepada semua para pembaca juga para pelanggan saya di bawah Hailmy Wealth Management & Trading sekiranya selama ini tidak sesekali menyatakan status hadis tersebut secara terbuka. Semoga hidup kita dilimpahi kasih dan rahmat dari yang Maha Esa serta terus terpelihara dari sebarang keraguan. Allahumma Ameen.

Wallahu a'lam

================================
+6019 345 6033 | Yuhailmy Jamil | PG00056392
Public Gold Authorized Priority Dealer

Sunday 12 February 2017

Buku rujukan untuk mendalami ilmu emas

Ini adalah antara buku rujukan yg sy bc utk memahami secara lnjut berkenaan simpanan dan pelaburan emas ini. 
Sedikit sbnyk hukum hakam kena tahu juga bila mnyimpan dan melabur emas ini. 

Buku ini bnyk mnghuraikn berkenaan konsep arrahnu dlm pnyimpnn dan pelaburan emas. 
Buku pertama sy dibeli dr seorang dealer PG,  En Syukor Hashim. 

Tuesday 7 February 2017

Jongkong emas

Nk tulis pasal jongkong emas plk. Terdapat 2 jns jongkong emas(mungkin lebih) iaitu berbalut (seal) dan tidak berbalut (unseal).
Contoh jongkong emas yang tidak berbalut (unseal)

Contoh jongkong emas yang berbalut (seal)

Ada kelebihan dan kekurangan bagi kedua- dua jongkong emas ini. Kalau yang berbalut susah nak ditipu emasnya tetapi kekurangan paling besar apabila nak dipajak nanti. Ada Arrahnu yang buka seal terlebih dahulu untuk diuji ketulenannya dan berat. So kalau dah terbuka (terkopek), faham-fahamlah, susut nilainya tinggi nanti. Bagi jongkong emas yang tidak berbalut dari azali lagi, mudah diuji ketulenannya dan dipajak. Tetapi ada kes di mana terdapat penipuan bagi jongkong emas jenis ini di mana terdapat jongkong yang telah dipalsukan (info dari arrahnu yang biasa saya pajak)

Monday 6 February 2017

Dinar emas

Dinar emas...
Mari menulis mengenai dinar emas pulak, dinar dikatakan mata wang yg digunakn smnjk dulu lg bg kerajaan islam. Standard berat dinar biasanya 4.25g ttapi ada juga dinar ditemui beratnya lain, 4.44g (yg ni aku dh jumpa & dimiliki)...

dinar darul emas perak berhad (depb) berat 4.25g (24k)

dinar umayyah 4.44g (24k)

Macam biasa ada 2 jenis dinar juga, ada yang berseal dan ada yang tidak. Dua-dua gambar di atas menunjukkan dinar yang tidak berseal.